BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 13, 2012

perjalanan hidup.

assalamualaikum :)

bile cakap pasal hati ni, memang banyak benda buat hati jadi tak tenteram. kadang-kadang penat lah jugak sebab hati sendiri terluka dek nak jaga hati manusia lain. memang tak nafi, setiap manusia ada ragam sendiri. tapi kadangkala ragam tu tak kena dengan keadaan. hati ni tahan je bila jadi camtuh. ye. tahan dan tahan sampai last, hati akan meletup. :O

susah nak hidup. ye. memang itu semua takdir yang ditentukan olehNya tapi aku kadang-kadang lemah dan tersungkur. susah untuk bangun kembali.

bukan senang untuk mencari sahabat sejati. mudah saja dan ramai yang mampu untuk menjadi kawan namun mudah juga kawan menjadi lawan tetapi susah mencari sahabat. sakit hati dek perangai 'kawan'. tak tentu arah. mood asyik goyang dan tak stabil. tapi aku tahan je. tahan ye. malas nak bermasam muka. tapi jalan penyelesaiannya, lebih baik diam je. buat-buat tak tahu. dah malas nak ambik kisah.

kadang kala dek cemburu semua yang betul menjadi salah. hmm. susah.

ada terbaca satu blog pasal gaduh dan gaduh. taknak cakap blog yang mana sebab cerita agak 'HOT' gitu. tak nak berpihak mana-mana pihak. tapi konklusinya, bukan mudah untuk menjaga perhubungan. kedua-dua pihak perlu saling toleransi, setia antara satu sama lain. tak boleh salahkan si laki dan tak bolehh nak salahkan si perempuan. masing-masing mungkin punya masalah atau penjelasan tersendiri. tapi kadangkala Allah berikan dugaan seumpama ini mungkin ada hikmah tersendiri. dan juga mungkin Allah nak kurniakan orang yaang lebih baik, bagus berbanding yang dahulu.

banyak perancangan yang telah dilakukan namun banyak juga halangan, cabaran yang berlaku. ye. kita hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. doa sahaja dapat dipinta supaya perancangan akan datang lebih sempurna dan terlaksana. ameen.

berdoa dan berharap sebarang salah faham takkan ada lagi. berharap sesuatu yang lebih baik. ameen. hati ini memang ada dia yang satu selain Allah, keluarga dan sahabat. Tempat bergantung harap, semua apa yang terjadi diluahkan kepadanya. Alhamdulillah. lebih memahami. thank youu Allah :)

result exam dah nak keluar. ye. hati sila tabah. mungkin keputusan tidak capai apa yang target. tahniah buat si dia. ye. result itu mungkin tak berguna buat masa sekarang tapi tahniah. yeay! kagum dengan kamu. ye. setimpal dengan usahamu selama ini. aku mungkin menjadi pembakar semangat tapi itu semua usaha dirinya sendiri. bukan nasib ye tapi rezeki Allah SWT. :)

haaa. panjang kan? banyak kisah yang perlu diluahkan. namun hati dapat tahan lagi. heee. :)

*berharap sesuatu yang lebih baik. hidup bukan untuk fikir masalah namun berusaha untuk selesaikan. hikmat dan pengajaran yang dapat jadi pedoman hidup :)

sinar harapan baharu untuk semester baharu. :P

ameen :)

salam :)

No comments:

Post a Comment