BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 23, 2012

syukur.

assalamualaikum :)

semester baru. semangat baru. harapan baru. semua nak serba baru. hehe. cam budak-budak. bila je nak start sekolah, semua benda nak baru, kalau boleh benda yang lama nak buang terus. hehe. itu dulu ye. 

dup dap. dup dap. result exam. 

alhamdulillah, walaupun tak capai target. tapi setimpal dengan malas. haha.kan dah menyesal. mungkin jadik pengajaran jangan study last minute. :P

alhamdulillah, pemikiran makin dewasa. positive thinking ye. walaupun kelas sangat penuh sampai ke petang tapi semua kerja tetap dengan last minute. tabiat yang tak boleh buang. haha.

menghitung hari bulan suci, ramadhan yang bakal muncul. semua orang skang tengah kejar-kejar nak ganti puasa yang lepas. almaklum, perempuan telah diberikan kelebihan oleh Allah. 

mata sekarang semakin rabun dengan barang-barang online. ye. niat di hati macam nak beli je semua. tapi hati perlu dikawal. kadang-kadang itu semua nafsu semata-mata. bak kata ustaz, duit atau rezeki yang diberikan oleh Allah, sekiranya tidak digunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah, kelak akan mendapat dosa. dunia ini hanya sementara, hidup bukan untuk seronok tetapi mengaut amalan sebanyak mungkin. dunia dianggap pulau sementara sebelum menuju ke pulau sebenar iaitu akhirat. gulp! bila dengar ustaz cakap macam tu, terus rasa takut. 

semakin berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. ameen. 




yes. its true.

salam :)

Wednesday, June 13, 2012

perjalanan hidup.

assalamualaikum :)

bile cakap pasal hati ni, memang banyak benda buat hati jadi tak tenteram. kadang-kadang penat lah jugak sebab hati sendiri terluka dek nak jaga hati manusia lain. memang tak nafi, setiap manusia ada ragam sendiri. tapi kadangkala ragam tu tak kena dengan keadaan. hati ni tahan je bila jadi camtuh. ye. tahan dan tahan sampai last, hati akan meletup. :O

susah nak hidup. ye. memang itu semua takdir yang ditentukan olehNya tapi aku kadang-kadang lemah dan tersungkur. susah untuk bangun kembali.

bukan senang untuk mencari sahabat sejati. mudah saja dan ramai yang mampu untuk menjadi kawan namun mudah juga kawan menjadi lawan tetapi susah mencari sahabat. sakit hati dek perangai 'kawan'. tak tentu arah. mood asyik goyang dan tak stabil. tapi aku tahan je. tahan ye. malas nak bermasam muka. tapi jalan penyelesaiannya, lebih baik diam je. buat-buat tak tahu. dah malas nak ambik kisah.

kadang kala dek cemburu semua yang betul menjadi salah. hmm. susah.

ada terbaca satu blog pasal gaduh dan gaduh. taknak cakap blog yang mana sebab cerita agak 'HOT' gitu. tak nak berpihak mana-mana pihak. tapi konklusinya, bukan mudah untuk menjaga perhubungan. kedua-dua pihak perlu saling toleransi, setia antara satu sama lain. tak boleh salahkan si laki dan tak bolehh nak salahkan si perempuan. masing-masing mungkin punya masalah atau penjelasan tersendiri. tapi kadangkala Allah berikan dugaan seumpama ini mungkin ada hikmah tersendiri. dan juga mungkin Allah nak kurniakan orang yaang lebih baik, bagus berbanding yang dahulu.

banyak perancangan yang telah dilakukan namun banyak juga halangan, cabaran yang berlaku. ye. kita hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. doa sahaja dapat dipinta supaya perancangan akan datang lebih sempurna dan terlaksana. ameen.

berdoa dan berharap sebarang salah faham takkan ada lagi. berharap sesuatu yang lebih baik. ameen. hati ini memang ada dia yang satu selain Allah, keluarga dan sahabat. Tempat bergantung harap, semua apa yang terjadi diluahkan kepadanya. Alhamdulillah. lebih memahami. thank youu Allah :)

result exam dah nak keluar. ye. hati sila tabah. mungkin keputusan tidak capai apa yang target. tahniah buat si dia. ye. result itu mungkin tak berguna buat masa sekarang tapi tahniah. yeay! kagum dengan kamu. ye. setimpal dengan usahamu selama ini. aku mungkin menjadi pembakar semangat tapi itu semua usaha dirinya sendiri. bukan nasib ye tapi rezeki Allah SWT. :)

haaa. panjang kan? banyak kisah yang perlu diluahkan. namun hati dapat tahan lagi. heee. :)

*berharap sesuatu yang lebih baik. hidup bukan untuk fikir masalah namun berusaha untuk selesaikan. hikmat dan pengajaran yang dapat jadi pedoman hidup :)

sinar harapan baharu untuk semester baharu. :P

ameen :)

salam :)

Saturday, June 9, 2012

cuti oh CUTI

assalamualaikum :)

takde idea. sekian. haha. cuti ada seminggu lagi. ohhhmmmyyy. :( sebelum cuti punyelah panjang lists ape yang nak buat time cuti kononnyer. haha. satu pun tak bertanda. sekian. 

Saturday, June 2, 2012

sudah lama :)

assalamualaikum :)

ampun maaf. blog sudah lama ditinggalkan. alhamdulillah. selesai sem 1 degree. sumpah. rasa penat masa tak hilang. degree memang lain kalau nak compare dengan foundation dulu. even kelas tak penuh, tapi kiri kanan tangan penuh dengan assignments n aktiviti segala bagai. penat. dulu sempat lagi nak marathon movie tapi tak bila dah naik degree. alhamdulillah. walaupun banyak masalah tapi still dapat hadapi semua. :) thumbs up sikit. haha. perasan jap. sila abaikan. 

banyak benda nak luah tapi tak cukup masa. final dah lepas. memang tak cukup ruang nak bernafas lah. sem  yang memerlukan otak yang mempunyai daya ingatan yang kuat. ouh TIDAK !! sememangnya budak matematik tidak menyukai fakta. :) moga result final kuar dengan elok. mampu bertawakal kepada Allah. 

sudah setahun tempoh perkenalan. :) he knows me well. no matter what I did. he always be by my side. 

:)

congrats untuk sepupu tersayang. dah ada orang chop. hehe. selamat bertunang intan fazrini :)


lastly, awesome sangat bile budak-budak sekolah rendah dulu dapat jumpa balik. spent a day with them. syg mereka. banyak benda yang buat kami gelak sakan :)

me as the photog :)

today :)

lets share more stories later :)
tata.