BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 23, 2012

syukur.

assalamualaikum :)

semester baru. semangat baru. harapan baru. semua nak serba baru. hehe. cam budak-budak. bila je nak start sekolah, semua benda nak baru, kalau boleh benda yang lama nak buang terus. hehe. itu dulu ye. 

dup dap. dup dap. result exam. 

alhamdulillah, walaupun tak capai target. tapi setimpal dengan malas. haha.kan dah menyesal. mungkin jadik pengajaran jangan study last minute. :P

alhamdulillah, pemikiran makin dewasa. positive thinking ye. walaupun kelas sangat penuh sampai ke petang tapi semua kerja tetap dengan last minute. tabiat yang tak boleh buang. haha.

menghitung hari bulan suci, ramadhan yang bakal muncul. semua orang skang tengah kejar-kejar nak ganti puasa yang lepas. almaklum, perempuan telah diberikan kelebihan oleh Allah. 

mata sekarang semakin rabun dengan barang-barang online. ye. niat di hati macam nak beli je semua. tapi hati perlu dikawal. kadang-kadang itu semua nafsu semata-mata. bak kata ustaz, duit atau rezeki yang diberikan oleh Allah, sekiranya tidak digunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah, kelak akan mendapat dosa. dunia ini hanya sementara, hidup bukan untuk seronok tetapi mengaut amalan sebanyak mungkin. dunia dianggap pulau sementara sebelum menuju ke pulau sebenar iaitu akhirat. gulp! bila dengar ustaz cakap macam tu, terus rasa takut. 

semakin berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. ameen. 




yes. its true.

salam :)

Wednesday, June 13, 2012

perjalanan hidup.

assalamualaikum :)

bile cakap pasal hati ni, memang banyak benda buat hati jadi tak tenteram. kadang-kadang penat lah jugak sebab hati sendiri terluka dek nak jaga hati manusia lain. memang tak nafi, setiap manusia ada ragam sendiri. tapi kadangkala ragam tu tak kena dengan keadaan. hati ni tahan je bila jadi camtuh. ye. tahan dan tahan sampai last, hati akan meletup. :O

susah nak hidup. ye. memang itu semua takdir yang ditentukan olehNya tapi aku kadang-kadang lemah dan tersungkur. susah untuk bangun kembali.

bukan senang untuk mencari sahabat sejati. mudah saja dan ramai yang mampu untuk menjadi kawan namun mudah juga kawan menjadi lawan tetapi susah mencari sahabat. sakit hati dek perangai 'kawan'. tak tentu arah. mood asyik goyang dan tak stabil. tapi aku tahan je. tahan ye. malas nak bermasam muka. tapi jalan penyelesaiannya, lebih baik diam je. buat-buat tak tahu. dah malas nak ambik kisah.

kadang kala dek cemburu semua yang betul menjadi salah. hmm. susah.

ada terbaca satu blog pasal gaduh dan gaduh. taknak cakap blog yang mana sebab cerita agak 'HOT' gitu. tak nak berpihak mana-mana pihak. tapi konklusinya, bukan mudah untuk menjaga perhubungan. kedua-dua pihak perlu saling toleransi, setia antara satu sama lain. tak boleh salahkan si laki dan tak bolehh nak salahkan si perempuan. masing-masing mungkin punya masalah atau penjelasan tersendiri. tapi kadangkala Allah berikan dugaan seumpama ini mungkin ada hikmah tersendiri. dan juga mungkin Allah nak kurniakan orang yaang lebih baik, bagus berbanding yang dahulu.

banyak perancangan yang telah dilakukan namun banyak juga halangan, cabaran yang berlaku. ye. kita hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. doa sahaja dapat dipinta supaya perancangan akan datang lebih sempurna dan terlaksana. ameen.

berdoa dan berharap sebarang salah faham takkan ada lagi. berharap sesuatu yang lebih baik. ameen. hati ini memang ada dia yang satu selain Allah, keluarga dan sahabat. Tempat bergantung harap, semua apa yang terjadi diluahkan kepadanya. Alhamdulillah. lebih memahami. thank youu Allah :)

result exam dah nak keluar. ye. hati sila tabah. mungkin keputusan tidak capai apa yang target. tahniah buat si dia. ye. result itu mungkin tak berguna buat masa sekarang tapi tahniah. yeay! kagum dengan kamu. ye. setimpal dengan usahamu selama ini. aku mungkin menjadi pembakar semangat tapi itu semua usaha dirinya sendiri. bukan nasib ye tapi rezeki Allah SWT. :)

haaa. panjang kan? banyak kisah yang perlu diluahkan. namun hati dapat tahan lagi. heee. :)

*berharap sesuatu yang lebih baik. hidup bukan untuk fikir masalah namun berusaha untuk selesaikan. hikmat dan pengajaran yang dapat jadi pedoman hidup :)

sinar harapan baharu untuk semester baharu. :P

ameen :)

salam :)

Saturday, June 9, 2012

cuti oh CUTI

assalamualaikum :)

takde idea. sekian. haha. cuti ada seminggu lagi. ohhhmmmyyy. :( sebelum cuti punyelah panjang lists ape yang nak buat time cuti kononnyer. haha. satu pun tak bertanda. sekian. 

Saturday, June 2, 2012

sudah lama :)

assalamualaikum :)

ampun maaf. blog sudah lama ditinggalkan. alhamdulillah. selesai sem 1 degree. sumpah. rasa penat masa tak hilang. degree memang lain kalau nak compare dengan foundation dulu. even kelas tak penuh, tapi kiri kanan tangan penuh dengan assignments n aktiviti segala bagai. penat. dulu sempat lagi nak marathon movie tapi tak bila dah naik degree. alhamdulillah. walaupun banyak masalah tapi still dapat hadapi semua. :) thumbs up sikit. haha. perasan jap. sila abaikan. 

banyak benda nak luah tapi tak cukup masa. final dah lepas. memang tak cukup ruang nak bernafas lah. sem  yang memerlukan otak yang mempunyai daya ingatan yang kuat. ouh TIDAK !! sememangnya budak matematik tidak menyukai fakta. :) moga result final kuar dengan elok. mampu bertawakal kepada Allah. 

sudah setahun tempoh perkenalan. :) he knows me well. no matter what I did. he always be by my side. 

:)

congrats untuk sepupu tersayang. dah ada orang chop. hehe. selamat bertunang intan fazrini :)


lastly, awesome sangat bile budak-budak sekolah rendah dulu dapat jumpa balik. spent a day with them. syg mereka. banyak benda yang buat kami gelak sakan :)

me as the photog :)

today :)

lets share more stories later :)
tata. 




Saturday, February 11, 2012

Ya Allah :(

assalamualaikum :[

Ya Allah, Kau berikan dia kekuatan. Kekuatan hadapi segala dugaanMu Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa. 
:( aku hanya hamba yang lemah. 

Monday, January 23, 2012

LDR :)

assalamualaikum. hello n hai !

tahu tak ape maksud LDR? Long distance relationships sayang-sayang ye. ramai cakap LDR ni banyak dugaan. yes ! im totally agree with it. aku tahu tajuk ni dahh lapuk. tapi benda ni buat aku dapat rasa macam-macam perasaan n all will mixed together. banyak lebih dan kurang. hmm :(

well. aku nak share tips. :) hee. buat pedoman diri aku sendiri. berusaha mengajar diri untuk bersabar. bersabar dengan dugaan. dugaan yang dapat mendewasakan aku dan dia. kadang-kadang hati tak dapat tahan semua ni. Allah sahaja yang dapat ku luah segalanya dan ku pinta pertolongan. 

banyak benda bakal berlaku. hati tolong sabar. tolong bersedia dengan semua ini. dah. dah. banyak mengarut dah. haha. dah lari tajuk dah. 


please watch this :)

but, ada video aku terjumpa tadi. aku rasa cam best. tapi taktau la korang punyer pendapat kan? 



Allah bantulah hambaMu ini. :)
bye. 




Friday, December 30, 2011

sila TENGOK dan sila FIKIR :)

assalamualaikum :) jumpa lagi. 

haha. nak share video yang memang boleh buat korang gelak. especially sape-sape yang stress or tension beno nak exam ke, nak start kelas balik macam aku. :( takyah nak sedih-sedih. ceriakan hidup anda. senang je. tekan je PLAY. okeee? 

first video :)


second video :)

FIRST VIDEO : yang buat video ni korang kenal tak? haha. nie la adik matluhfi. tapi yang aku perasaan adik dia lagi hensem. haha. abaikan. guarauan semata-mata. :D.

SECOND VIDEO : budak laki yang jadi perempuan tuh buat aku tergelak-gelak. tak sangka orang yang pernah aku kenal. hee. dia tutormate aku dulu masa dekat pasum. sekarang dentistry dekat um jugak. im proud of him :)


as a conclusion kan, aku rasa video-video nie berkait la dengan video dena yang penah aku post dulu. 
ini pendapat aku lah. pendapat korang mungkin berbeza kan?

bye. :)

Sunday, December 18, 2011

makhluk bertuah bernama manusia :)

asssalamualaikum. malam ! :)

sejak menjak ni kuat beno aku update diari berhabuk ni. haha. tak kisah la. GOSIP! GOSIP! macam nak mengumpat pulak. takla. nak share benda yang boleh buat korang nangis meleleh, terharu dan boleh buat korang cakap JELES atau UNTUNGLA. huu. tak perlu aku nak cakap panjang lebar. korang tekan je PLAY. okeeee? auwww. aku pulak terlebih excited. :D


so, reaksi anda? :)

that girl memang bertuah. yang ini yang orang tua dok cakap jodoh dari Allah S.W.T. and yes it's true! mereka tidak mengenali antara satu sama lain tapi Allah telah menemukan mereka. auww. speechless kejap. haha. terharu. betul ape orang tua cakap. pilihan ibu bapa merupakan pilihan terbaik. ye. pilihan ibu bapa pilihan terbaik buat anak-anak mereka. nowadays, memang susah lar nak jumpa laki macam ni. ade, tapi sikit je. :) diorang baru je bertunang and hopefully diorang kahwin and bahagia ke anak cucu. 

*Bercinta selepas kahwin must be much more awesome and full with barakah ♥

yipppi. semoga Allah juga menemukan aku dengan seseorang yang baik dan dapat membimbing aku ke jalan yang lurus yang diredhai  Allah. aminnnn. :)

bye. tata. titi. tutu. :)

Friday, December 16, 2011

hukum Allah S.W.T.

assalamualaikum :) heyya!

hukum hudud. korang tau tak? aku mengaku yang memang tak banyak mengetahui hukum ini. ya, memang ini hukum Allah yang dilaksanakan bagi memberi pengajaran kepda umat islam. sejak-sejak ini, ramai yang membincangkannya. ada juga yang ambik kesempatan kaitkan dengan politik. hee. sorry la ye. kadang-kadang rimas jugak dengan hal-hal macam ini. I'm still 19 and I'm not interested. 

aku just nak share video ni. at least dapat la bagi info sikit kan. btw, matluhfi yang famous kat utube pn ada. heee. aku memang minat dengan dia punye video. ada benda yang die nak cakap kan. 

ayat paling best dalam video ni :

mencuri gitar adalah haram, mencuri hati takpe - matluthfi :)



watch this and think wisely.

*tanya lah pada yang ada ilmu bukan mufti kedai kopi :)

tata :)

Thursday, December 15, 2011

kenduri kendara PERAK, KL.

assalamualaikum. muncul lagi :)

nak share benda. benda yang dah lapuk. haha. lupa nak update. :) cousin aku yang sebelah abah aku kahwin. diorang kahwin at the end of november. lama gile kot aku kan. sekarang baru nak update. 

SELAMAT PENGANTIN BARU 
ASMARINA <3 NASRUL


*klik gmbr if nak tengok dengan lebih besar :D

diorang punye wedding card. super love it !

malam akad nikah :)

coussy. me? yang duk tengah. :)

them <3

my family. abaikan kecacatan gambar.

we <3 purple !

yang ni kahwin sebelah pihak cousin aku bak kata yang lain sebelah perempuan. haha. ayat berbelit. :)

so, next, yang sebelah lelaki. diorang buat kat dewan dalam pulapol.

diorang kan keje polis. haha. :)


time potong kek. siap dengan pedang lagi. haha.

my big family. i <3 them !

me ! abaikan muka yang berminyak dan serabai. 

cousins yang super gempak n sporting. yehaaa. 

dah cukup dah aku rase. hee. malas dah nak cakap pape lagi. idea kering plus internet lembap macam siput. 
kite jumpa lagi !

babai ! 

:)

rezeki ALLAH S.W.T.

hey diari sayang !

sejak cuti ni, memang nervous je rasa. nak tau nape? hee. sebab nervous nk tunggu result exam. macam-macam ada dalam kepala. cuak, sedih, takut. haish. dah banyak hari aku tak leh nak duduk dengan senang hati. haha. bile je kecoh or happy sikit, terus hati cakap kena kontrol. haha. result exam tak kuar lagi kan. haha. 

hari ini dah hilang semua perasaan tuu. yehhhaaa ! tapi yang sedih, die tak bagitau pointer lagi. tapi at least aku tak yah nak prepare study untuk repeat paper kan? :)

sila klik untuk pembesaran berskala ye. haha.

nah tengok. haha. dengan jayanya. foundation dah habis. syukur alhamdulillah Ya Allah. Kau lah yang memberi rezeki pada kami Ya Allah. hahaha. rileks. rileks. baru je foundation. naik je next sem, degree dah tunggu dah. another 4 years. semoga Allah mempermudahkan semuanya. :) please be patient nur amalina. hee. :) after that, insyaAllah i'll be a teacher. ameeen. 


bye. speechless. tq Ya Allah. :)

Tuesday, December 13, 2011

this is we called LIFE :)

heyya peeps !

alhamdulillah. masih dapat meneruskan kehidupan ni dengan izin Allah S.W.T. :) setiap orang ada masalah dalam hidup diorang. the same things happened to me. kadang-kadang tak tertahan dek hati ini sbb dah terlalu bersabar. kadang-kadang memang rasa nak mengalir je. tapi bilang pada hati bahawa ini dugaan Allah. Alhamdulillah, hati mendengar rintihan tu dan terus bersabar. bersabar melayan kerenah manusia.



bukan nak ckp ape tapi kerenah manusia buat aku geram, sedih, marah, bahagia, gembira and all these feelings mixed together in my heart. i still dont know, sometimes words made me hurts a lot. even for some people, they think that those words are words only but not for me. sorry guys. i admit that im not a person with strong heart. haha. 

ada makhluk Allah. aku tak tau nak describe dia macam mane. mudah melenting dan marah bila ada masalah. tak salah nak lepaskan marah tu tapi biar bertempat. aku dah banyak bersabar. tak tahan kadang-kadang. sebab benda tuh, aku pulak yang nak lepas marah aku kat orang lain. please la sayang ye. saya tau anda marah tapi situasi anda juga bolehhh buat sy marah. grrr. :( tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa aku. 

lagi satu. aku tahu Allah kurniakan perasaan cinta dan sayang. im admit i also have the love ones. tapi tak payah la sibuk-sibuk nak komen ape-ape. setiap orang ade taste die macam mana kan. syukur dengan apa yang kita anda. pastu kan. haha. banyak benda aku nak bebel. dah lama dah simpan dalam hati beku ni. nak je luah kat semua orang. if la ada orang tu luah masalah kat kite. kite mesti la pikir positif sikit. kita sepatut pikir kite ni bertuah sebab orang tuh bagi kepercayaan kat kite sbb tuh die share problems kan. ni yang hang duk tunjuk muka menyampah buat pe? pastu siap post kat status segala bagai lagi. tolong la respect orang yg luah mslh tuh siket. haiiyaaa! 

lastly. aku mampu berserah serta tawakal padamu ya Allah. amiinnn. :)



next, nak share benda happy ! bile cuti je. rutin harian jadi driver dan suri rumah. tak kisah yang tu. yang penting dapat ternak lemak sebab dapat makan semua yang aku ngidam. macam orang ngandung. :) 

TAPI kan! ada satu benda buat aku happy sesesaaangggattt. heee. :)

he told me these : 
i'm not a boy, i'm a man..

a boy can leaves their girl, but a man can't live without their women..

cair gileeerrr hati aku dengar. ye. dia lah tempat aku luah segala benda dan dia lah tempat aku bergantung harapan sayang. sometimes angry creeps into my heart and he will be the one that teach my heart to calm. :)
tqvm. 

he also reminds me this :


sesungguhnya luaran itu tidak penting. yang penting dalaman. ingat Allah S.W.T. sentiasa. dia selalu pesan. :) 

ada lagi satu good news. makcik aku dah selmat deliver baby. hee. baby boy. taktau lagi nama ape. comelll saannngggggatttt ! 

nah tengokkk. :)

oke lah. dah cukup. hee. dah takde idea. 
till then. bye.


remember always :)

Sunday, November 13, 2011

thanks. :)


semua dah berubah kerana dia.
i wish that u could be the last one in my life.

thanks kerana memahami

:)

Thursday, November 10, 2011

ALHAMDULILLAH :)

In the name of Allah, Most Gracious, Most Compassionate. 

kebahagiaan milik semua orang. bahagia tengok kawan dah hepi.aku tahu dia diari lama hidup aku. tumpang hepi. dia jumpa orang yang terbaik. :) banyak benda dah jadi kenangan. kenangan tu akan jadi rahsia hidup.tak perlu nak ungkit lagi. simpan dalam kotak hati rapat-rapat. lupuskan kotak itu dalam sungai hati. semoga jadi pengajaran. bahagia juga milik aku sekarang.



normal dalam hidup, susah itu buat kita lebih senang. 


terima kasih ya Allah kerana Kau buka hati aku yang tertutup dahulu. :) 


tak perlu nak citer panjang lebar. pictures tell everything. he is my prince in my heart. :) 

Life is an art we are required to practice without preparation, a score that we play at sight even before we have mastered our instruments.

Sunday, November 6, 2011

dugaan

Ya Allah, Kau kurniakan aku ketenangan dan kesabaran menghadapi segala dugaan hidup ini.

sejak-sejak nie, banyak benda yang jadi. banyak masalah datang. banyak benda nak kena buat. tension je rase. 

kepada segerombolan atau sekumpulan orang itu. sila paham ye. saya bersabar setakat mana saya mampu bersabar. saya tahu saya bukan perfect sangat. tapi tolong paham diri ini. letih nak layan kerenah orang. macam-macam ragam.

lagi satu, if nak perli pun atau mengumpat. please. lari belakang semak ke asalkan aku tak dengar ape yang korang cakap. nak mengumpat pasal aku, mengumpat depan-depan. ape kes? tak puas hati. datang bagitau depan-depan. tak payah nak perli. terasa weyyh. nak nangis aku.

yang korang sibuk nak bising-bising nape? ikut suka aku la nak cakap bape lama sampai aku tak tido. tuh aku punya kredit la weyhh ak nak cakap bape lama. kalau aku cakap ngan pakwe pun, ape kau kisah?geli dengar kitorang bermesra? haha. pegi ambik besen besar pastuh tadah muntah geli ko banyak-banyak.

jangan sampai lebih batasan sabar aku. 

lembut tak bermakna senang bagi kau !

:'(


Monday, October 24, 2011

buka BUKU baru .

heyya peeps. dah lama blog nie ditinggalkan. haha. hidup sebagai students banyak cabaran. masa penuh je ngan aktiviti. haha. padahal asal je free mesti cepat-cepat bukak lappy and tengok citer korea. :) normal la kan? nak hilangkan stress. Btw, manyak-manyak citer nak di story-mory kan.

firstly, thank u Allah kerana Kau telah berikan aku kekuatan untuk aku membuka lembaran baru dalam hidup ku. Dulu Kau telah berikan aku dugaan yang besar tapi sekarang kau telah berikan aku bintang. hee. yeayyy. im glad rite now. he's such an understanding person. cerdik, kacak, kaya tak penting. yang penting hati. i just realised it.

Sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted.

tak semestinya kite dapat ape yang kite nak. yang penting SABAR. :) 

I'll always be beside u until the very end, wiping all ur tears away, being ur best friend. I'll smile when u smile and feel all the pain u do, and if u cry a single tear, I promise I'll cry too.

sumpah. aku akan ingat ayat nie sampai bile-bile. yela, nampak macam copy je kat internet. hee. but i know u really meant it. thanks sebab sanggup jadi bestie i. 

Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end.

Your presence in my life brings wonderful smiles and loving thoughts within my heart.


papai.
:)


Friday, June 10, 2011

Don't lose hope ! :)


An interesting video dat i wanna share wit u. 
check dis out.

REMEMBER 

1. neva lose hope in anything. 
2. think outside of the box. 
3. be an open-minded person.
4. so many people in the world.

kadang-kadang ape yang kita impikan tak dapat. 
myb ada hikmah di sebalik itu.
Allah telah tentukan jodoh yang sesuai untuk seseorang.
kita layak untuk memperolehi orang yang lebih baik compare pada yg sebelumnya.

walaupun kita takde orang untuk disayangi.
tapi hidup kita sentiasa dikelilingi dengan orang yang menyayangi kita.
kita sentiasa ada keluarga dan kawan-kawan 
yang selalu je sayang, support kite even kita susah dan senang.
tidakkah anda bertuah? 

pikir-pikirkan dan renung-renungkan.
selamat beramal.
:D

suara hati

suara hati siapakah?
kaum adam atau hawa?
tua atau muda?
cantik atau hodoh?
tinggi atau pendek?

SALAH! (gaya cam matlutfi) hahah.

suara hati JEJAKA. auw. 
macam yang kite tau kan laki nih xsuka beno la ekspresi ape yang diorang 
rasa melalui perktaan atau perbuatan.
sebagai perempuan kite kena la tau melalui tindakan mereka.

bukan ada berkaitan dengan sape-sape.
just nak kongsi-kongsi jer. :)

1. PEKA AKAN PERSEKITARAN

sedar atau tidak, diorang nie amat peka tau terhdp alam sekitar.
kadang-kadang diorang sensitif dan prihatin.
sifat ini biasa diorang tak tunjuk depan-depan la. 
Dek kerana sifat itu, mereka layak dipanggil sebagai pemimpin keluarga.

2. RESAH

Laki kan biase 'cool' je tapi diorang nie ade resah jugak. 
bile je nak jupe awek diorang ke atau nak ajak pegi dating. hee.
tapi biasa nyer kalo laki camtuh, diorang dibesarkan atau dikelilingi 
dgn rakan atau adk-beradik jantina yang sama.

3. CEMBURU

lelaki biasa tak pandai nak tunjuk 'jeles' die compare ngan pompuan kan?
tapi biasa laki akan cepat jeles bile awek die selalu je sebut nama laki lain depan die.
mau tak jeles. kalo perempuan sah-sah dah gaduh dah camtuh. :P

4. MEMALUKAN

Amat memalukan sekiranya lelaki tak upaya nak tolong si perempuan.
tapi, tahukah anda, lelaki tewas dengan air mata.
lagi la lemah bile air mata perempuan yang diorang sayang.

5. SEDIH

if la ade perhubungan terputus tengah jalan, mesti la sedih kan.
tapi biasanyer diorang lagi sedih nak bandingkan dengan perempuan.
tapi disebabkan nak tunjuk 'macho', sanggup la cover. haha.
tak 'macho' la if nangis sebab putus cinta.

6. SIFAT KELAKIAN

laki nie suka la sangat tunjuk sifat kelakian kononnya 
nak umpan si perempuan. Perempuan pulak if suka kat laki tuh,
ringan-ringan mulut la bagi 'hint' dkt diorang supaya diorang tahu n ambil langkah yang seterusnya.

7. MEMAHAMI

laki tidak boleh belajar sepenuhnya mengenai perempuan hanya dari perpustakaan.
oleh sebab itu, si perempuan jangan lah rasa pelik if ada laki yang tidak memahami kamu menghampiri.
sebaliknya, bagi masa yang secukupnya supaya diorang dapat memahami kamu. :p

8. KESETIAAN

Ada segelintir lelaki, diorang sangat setia kat awek die. 
walau seberapa ramai mana perempuan berada di sekelilingnya
atau betapa hebantnya sifat romeo mereka kpd perempuan lain,
pasti awek atau si perempuan yang disayanginye akan tetap menjadi pujaan hatinya. 
ceh! hahaha. :DD

9. JUJUR

apabila lelaki cakap 'direct-to-the-point', biasa mereka mengharapkan
si perempuan dapat memahami. dengan cara ini, mereka akan bersikap jujur.
Jadi 60% kemungkinan lelaki yang bercakap putar belit adalah penipu.

10. MEMINATI

jika seseorang lelaki meminati perempauan, perempuan itu tidak semestinya 'HOT' luaran je.
Malah 'HOT' dalaman juga tau. Contohnyer berbudi bahasa, lemah lembut. 
satu lagi, laki lagi suka if si perempuan ni banyak persamaan dgn diorang.
sehati sejiwa gitu. :))

ahaha. sile-sile ye pahami suara hati mereka.
saje nak kongsikan. 



:)

Tuesday, June 7, 2011

pulut DURIAN

haha. macam lawak je. semalam abah cam mengidam nak makan pulut durian.
tak tau nape dia mengidam tiba-tiba. 
tengah hari lagi dah ciap pesan kat mama jangan masak banyak sangat lauk sebab die nak makan pulut ni. 
oke, kami sebagai kaum hawa menurut perintah kaum adam.
huu. dapat la aku belajar resepi die.
nak tau?
jom-jom. 

Bahan-bahan :

2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)

1 cawan pati santan

1 cawan air

2 helai daun pandan

Garam secukup rasa

Buah durian

Gula Pasir atau Gula Melaka (Untuk ditabur, jika suka)

Cara-Cara :

Tos beras pulut yang direndam, kemudian kukus sehingga masak.

Untuk santannya, masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.


Siap. Boleh di hidangkan dan dimakan dengan menggaulkan pulut dengan santan dan isi durian serta sedikit gula.


Pulut durian yang telah siap camni la rupe dia. gambar ihsan google.
tak sempat nak ambil gambar asal 
sebab bile je siap ramai je yang tunggu turn nak makan
termasuk aku. haha.
sedar-sedar dah habis dah.

tapi yang penting abah happy bile makan.
yeee. 
:)